Le vent du nord-est

None
Le vent du nord est None

  • Title: Le vent du nord-est
  • Author: S. Othman Kelantan
  • ISBN: 9782903098391
  • Page: 202
  • Format: None
    • ☆ Le vent du nord-est || ✓ PDF Download by ↠ S. Othman Kelantan
      202 S. Othman Kelantan
    • thumbnail Title: ☆ Le vent du nord-est || ✓ PDF Download by ↠ S. Othman Kelantan
      Posted by:S. Othman Kelantan
      Published :2018-05-27T12:38:45+00:00

    About the Author

    S. Othman Kelantan

    Dilahirkan sebagai Syed Othman bin Syed Omar al Yahya pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera 1979 dan Sarjana Sastera 1982 83 dari Universiti Sains Malaysia Kemudian pada tahun 1994 95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM Setelah lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan ATMA Jawatan terakhirnya yang disandang ialah profesor madya hingga beliau bersara pada tahun 1997 Kemudian beliau berkhidmat sebagai pensyarah kontrak di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya 1997 1999 S Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei kritikan Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja Antaranya ialah Pengertian 1966 , Pertentangan 1967 , Angin Timur Laut 1969 , Perjudian 1973 , Juara 1973 , Perwira 1980 , Ruang Perjalanan 1989 , Wajah Seorang Wanita 1990 , Ustaz 1991 , Nagogho Astana 1997 , dan Orang Kota Bharu 2003 Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan PPK 1973 1976 , Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan Puspa Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam ujana kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi sagu hati , Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 cerpen dan 1984 esei , S.E.A Write Awards 1990 , Pingat Bakti PB oleh DYMM Sultan Kelantan 1973 , Pingat Ahli Mangku Negara A.M.N oleh DYMM Yang di Pertuan Agong 1974 , Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan 2003 , dan Anugerah Sastera Negara 2003 Sumber Dewan Bahasa dan Pustaka

    340 Comment

    Leave a Reply